KV MOTORSPORTS TEAM Lakar Kejayaan Dalam Kalabakan Drift Challenge 2015

Gambar kenangan Cikgu Muhammad Yamalang (duduk kanan) bersama krew pasukan KV MOTORSPORTS dengan replika cek dan piala kemenangan | Foto ikhsan Hashim Lahiban

Langkah berani KV MOTORSPORTS TEAM berjaya membuahkan hasil apabila Cikgu Muhammad Yamalang berjaya meraih tempat ke-3 dalam Kategori Novice menggunakan jentera Nissan Bluebird 910.

Jentera yang digunapakai dalam Kalabakan Drift Challenge 2015 telah diselenggara di Bengkel Automotif, Kolej Vokasional Tawau untuk memastikan jentera berkenaan berada pada tahap terbaik sebelum beraski di litar Drift COMSA.

Jentera Nissan Bluebird 910 bernadikan RB20DET bakal beraksi lagi dalam KIXX Tawau Drift Challenge 2015 yang bakal berlangsung pada akhir bulan Oktober nanti | Foto oleh Carlos George 

Tiga lagi pelumba iaitu Mohd Fadhlan Misran, Azrul Ayob dan Mohd Arziwan Alli Awang Talip tidak berjaya meraih gelaran podium.

Cikgu Muhammad yang mula berjinak dalam sukan perlumbaan drift sejak 2011 pernah menyertai D1 Tawau Drift Challenge 2012 menggunakan jentera Toyota Corolla KE35 yang digelar KE35 HKS Monster tetapi hanya berjaya melepasi pusingan kelayakan.

Kali ini, bersandarkan kepada latihan dan pengalaman serta jentera baru, beliau berjaya meraih tempat diatas podium. 

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyertaan sulung KV MOTORSPORTS dalam Sukan Perlumbaan Drift, Kalabakan Drift Challenge 2015.


Saya kenal dunia drift melalui fotografi. Orang yang menjerumuskan saya ke lembah fotografi drift ialah Zizie Suppzero...
Posted by Ols Montcul on Tuesday, September 22, 2015