Juara Bertahan Mengegar Lagi

KARYA JUARA | Ikan lumba-lumba dimakan sotong gergasi menjadi sandaran Pasukan Kolej Vokasional Tawau dalam Kategori Sekolah Menengah

Dua pasukan Kolej Vokasional Tawau yang bertanding dalam Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka sekali lagi mengondol gelaran juara setelah memenangi gelaran ini pada tahun sebelumnya. Cikgu Supiansiah dan Cikgu Ahmad Hussain (Kursus Teknologi Pembinaan) yang bertanggungjawab melatih kedua-dua pasukan yang bertanding amat berpuashati walaupun bertanding dengan tekanan bergelar juara bertahan. Tahniah kepada semua ahli pasukan yang telah menterjemahkan imiginasi luarbiasa yang diilhamkan oleh Cikgu Supiansiah kepada hasil yang terbaik dalam pertandingan ini. 

Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang piala, plak, pingat dan wang sebanyak RM300. Tahniah kepada pasukan ini dan semoga pencapaian ini akan berterusan di tahun hadapan dan seterusnya....

Hadiah kemenangan yang diterima dalam pertandingan ini...
Pertandingan Membina Istana Pasir kali Ke-16 sempena Hari Malaysia ke-51 ini adalah anjuran bersama Bahagian Belia Persatuan Hokkien Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau bertempat di Pantai Batu Payung, Tinagat. Dengan berpaksikan kepada objektif untuk meningkatkan kemahiran seni dan idea kreatif bagi peserta dan orang ramai, harapan agar aktiviti seperti ini akan turut memimpin generasi muda ke arah aktiviti-aktiviti gaya hidup yang lebih sihat dan lebih baik.


Baca lagi:
2012 - Pahaikan.com: http://www.pahaikan.com/blog/pertandingan-membina-istana-pasir-sm-vokasional-tawau-juara-lagi-
2013 - Borneo Post.com: http://www.theborneopost.com/2013/09/17/25-groups-take-part-in-national-day-sandcastle-contest/