KEM KEPIMPINAN 2014: Kenangan 3 Hari 2 Malam...

Banner Kursus Kepimpinan Pelajar 2014 Kolej Vokasional Tawau di hadapan kawasan kem ini berlangsung...

Kenangan 3 Hari 2 Malam di Taman Bukit Tawau sebelum ini adalah pada 25-27 Mei 2011 iaitu KEM MASIH ADA YANG SAYANG [Rujuk: Kem Masih Ada Yang Sayang] untuk kumpulan pelajar bermasalah. Itu sudah 3 tahun yang lalu...

Cikgu Ahmad Zulfadhli (baju biru) bersama guru-guru menikmati kuaci sementara menunggu para pelajar bersiap untuk aktiviti seterusnya...

Kali ini, Unit HEM di bawah kendalian Kem Komandan, Cikgu Ahmad Zulfadhli Bin Ahmad Zuhdi dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Kolej Vokasional Tawau membawakan semula kenangan 3 tahun lalu untuk para pemimpin pelajar yang berkhidmat untuk kolej dalam pelbagai peringkat.
 
Para peserta kem tiba lebih kurang jam 2.30 petang...
 
Bekerjasama dengan anggota PGA untuk memasang khemah...
 
Pemasangan khemah hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit....
 
UNTUNG... Para peserta berpeluang menggunakan khemah baru yang dianggarkan berharga RM70,000 tetapi tanpa aksesori penghawa dingin...

Antara objektif Kem Kepimpinan 2014 adalah membina dan memperkukuhkan ciri-ciri kepimpinan yang meliputi aspek JERI. Program yang disusun juga diharapkan akan dapat memberikan pengalaman yang berharga samaada kepada mereka yang selalu mengikuti perkhemahan atau pun tidak.

Antara petugas penyedia makanan sepanjang kem berlangsung....
Banyak sayur ni...
Para petugas penyedia makanan menghidangkan sajian terbaik buat kawan-kawan yang mengikuti aktiviti kem...

Hidangan makan tengahari pada hari ke-2....
Memang sedap makan ramai-ramai ni...
Apa lagi kalau penat dan lapar.... Memang mahu tambah lagii...
Nah kau... Aikk... Siapa punya yang satu lagi tu...

Perkhemahan 3 hari 2 malam yang bermula 04 April dan berakhir pada 06 April ini turut dibantu oleh beberapa organisasi kerajaan, antaranya ialah Jurulatih Pusat Kokurikulum JPN Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perkhimatan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Gerakan AM (PGA).

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang kem ini berlangsung ialah Aktiviti Rempuh Halangan dan Aktiviti Sayang Si Buta yang selain menguji fizikal pelajar, ia juga turut menguji kepantasan berfikir dan mencabar kerjasama antara ahli kumpulan.

Berkumpul di awal pagi... Masih sejuk ni....
Cikgu Ahmad Zulfadhli memberikan taklimat ringkas untuk keseluruhan program yang akan dilaksanakan pada hari ini, hari ke-2...
Lupa pula nama permainan ni...
Aktiviti Membawa Air Dalam Gelas Tanpa Tumpah menggunakan sehelai kertas...


Cheif Inspektor Taison Taripin, Ketua Bahagian Latihan Batalion 14 PGA Tawau memberi maklumat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan di bawah slot PGA...
Koperal Mohd Safarin Zainal Abidin memberikan kursus asas membaca bearing kompas di bawah slot PGA...
KONGSI KOMPAS | Peserta, Mohd Sekwan Pang menunjukkan kompas kepada kawan-kawan dalam kumpulannya...
Betul ka caranya tu..??
Taklimat LDK kepada para fasilatator sebelum Aktiviti LDK berjalan...
Perbincangan dalam kumpulan semasa aktiviti LDK...
Aktiviti LDK | Perancangan rapi dan perkongsian idea perlu untuk memantapkan pembentangan kumpulan...
Aktiviti LDK | Macam model tangan ni tau...
Pembentangan hasil perbincangan kumpulan LDK dijalankan di Pondok Pardalis Taman Negara Bukit Tawau
Aktiviti LDK | Aura pemimpin cuba diserlahkan melalui aktiviti ini....
Pembentangan logo kumpulan 7 yang menyelitkan 2 kuntum bunga ros dalam logo mereka...
OTAI MASIH BERBISA | Cikgu Rasidy (JU Pusat Ko) menunjukkan cara menggunakan kompas kepada peserta kem...
Korang tembak apa tu....
Para peserta bergerak dalam kumpulan untuk Aktiviti Rempuh Halangan
Aktiviti Rempuh Halangan | Taklimat ringkat sebelum mengharungi halangan pertama...
Menunggu giliran....
Aktiviti Rempuh Halangan | Halangan pertama - Melintasi Sungai Melalui Batang Kayu Menggunakan Tali

Aktiviti Rempuh Halangan | Macam senang saja ni....

Aktiviti Rempuh Halangan | Halangan 2 - Tiger Crawl
Aktiviti Rempuh Halangan | Macam salah saja caranya tu...

Aktiviti Rempuh Halangan | Halangan 3 - Melintasi Halangan Tanpa Menyentuh Kayu Penghadang
Aktiviti Rempuh Halangan | Macam berat saja tu...
Aktiviti Rempuh Halangan | Pelan-pelan...
Aktiviti Rempuh Halangan | Halangan 4 - Spider Web
Aktiviti Rempuh Halangan | Angkat sikit...
Aktiviti Sayang Si Buta | Taklimat sebelum aktiviti dijalankan...
Taklimat diberikan oleh Cikgu Rasidy...

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Kem Kepimpinan 2014 Kolej Vokasional Tawau... 

Makan malam bersama-sama dengan anggota JPAM yang bertugas sepanjang kem berjalan...
SENTRI | Tugas mengawas kawasan kem mengikut syif....

Yang pasti, keindahan semulajadi serta flora dan fauna di Taman Bukit Tawau akan sentiasa menunggu rombongan dari Kolej Vokasional Tawau untuk aktiviti perkhemahan yang seterusnya... Semoga berjumpa lagi dalam kem yang akan datang...

Antara monyet yang paling kerap muncul untuk mengintai sisa makanan yang ditinggalkan...
Cicak ni pun mau join perkhemahan sekali...
Tah kenapa ini pun ada juga....