KAPA KV Tawau Rangkul Juara Keseluruhan Peringkat Zon Tenggara 2014

Pasukan Kawad Perempuan Kadet Pertahanan Awam, Kolej Vokasional Tawau

Setelah berlatih dengan tekun selama lebih kurang 8 minggu, titisan peluh yang telah mengalir ke bumi dijelmakan kepada keputusan yang cemerlang apabila Kolej Vokasional Tawau ditabalkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2014.


Pemeriksaan pakaian oleh para pengadil yang bertugas dari JPAM Cawangan Tawau
Komander perbarisan melapor kepada pengadil pertandingan...
Berbaris keluar daripada gelanggang pertandingan setelah selesai menjalankan semua rutin yang diperlukan...

Pertandingan yang berlangsung pada 08 hingga 09 April 2014 di Sekolah Menengah St Patrick, Tawau ini disertai oleh 14 buah sekolah sekitar Daerah Tawau termasuk dua wakil dari Daerah Lahad Datu, SMK Paris dan SMK Desa Kencana. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan yang melibatkan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam iaitu Kategori Menyelamat (Lelaki/Perempuan), Kategori Rawatan Awal (Lelaki/Perempuan) dan Kategori Melawan Kebakaran (Lelaki/Perempuan) dan Kategori Kawad Kaki (Lelaki/Perempuan).


Berdoa sebelum meneruskan pertandingan...
Pasukan Kawad Lelaki memasuki gelanggang pertandingan...
Pasukan Kawad Lelaki menunjukkan persembahan yang baik sepanjang pertandingan...
Perbarisan keluar daripada gelanggang pertandingan...

Semoga, Persatuan Kadet Pertahanan Awam Kolej Vokasional Tawau akan terus menjadi contoh dan saingan utama kepada sekolah-sekolah lain yang cuba untuk mengapai gelaran Juara Keseluruhan yang telah digenggam selama 5 kali sejak 2009. Tahniah kepada semua guru, jurulatih dan pelajar yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sepanjang menjalani latihan dan seterusnya menunjukkan kesungguhan untuk meneruskan legasi kecemerlangan dalam pertandingan ini. Jumpa lagi tahun depan...

Pencapaian Kolej Vokasioal Tawau Dalam Pertandingan Kawad Kaki dan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2014 (seperti yang dilaporkan dalam Majlis Perhimpunan pada 21 April 2014)

Kategori Menyelamat
Pasukan Lelaki - Tempat Pertama
Pasukan Perempuan - Tempat ke-3

Kategori Rawatan Awal
Pasukan Lelaki - Tempat ke-2
Pasukan Perempuan - Tempat ke-3

Kategori Melawan Kebakaran
Pasukan Lelaki - Tempat Pertama
Pasukan Perempuan - Tiada tempat

Kategori Kawad Kaki
Pasukan Lelaki - Tempat ke-2
Pasukan Perempuan - Tiada tempat
 
Tahniah!! Kepada Pasukan Lelaki untuk Kategori Menyelamat dan Kategori Rawatan Awal yang akan mewakili Zon Tenggara ke Peringkat Negeri Sabah. Teruskan kecemerlangan anda...

Gambar-gambar sepanjang pertandingan ini boleh dirujuk dengan Cikgu Buareng Rahima yang berada ditempat pertandingan selama dua hari berturut-turut..


Telah dikemaskini pada 18 Mac 2015 menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Laman Facebook Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tawau di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.676537599074232.1073741926.460912037303457&type=1